Followers

Thursday, April 14, 2016

Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?

Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?



وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ‌ۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ‌ۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ 

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (An-Naml ayat 88)


أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧
Tidakkah Kami buatkan bumi sebagai satu buaian. Dan gunung-gunung sebagai pasak?
Surah An Naba Ayat 6-7

وَجَعَلۡنَا فِى ٱلۡأَرۡضِ رَوَٲسِىَ أَن تَمِيدَ بِهِمۡ وَجَعَلۡنَا فِيہَا فِجَاجً۬ا سُبُلاً۬ لَّعَلَّهُمۡ يَہۡتَدُونَ 
Dan Kami letak di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang dengan mereka, dan Kami adakan di dalamnya  jurang-jurang sebagai jalan-jalan supaya mereka dapat petunjuk. 
Surah Al Anbiya' Ayat 31

Apabila anda membaca apa agaknya yang tergambar didalam fikiran?

'Gunung bergerak seperti bergeraknya awan'

Mungkin ada diantara kita, apabila membaca ayat ini sekadar 'angin lalu' tanpa memikirkan apa yang dimaksudkan.

Apabila aku membaca ayat ini, pertanyaan timbul dalam fikiran.

"Bagaimana agaknya gunung bergerak seperti awan?"

Dengan didorong sifat 'curiosity' ...aku mula mencari..


Adakah ayat ini bermaksud seperti yang ditunjukkan didalam video ini?


Video ini adalah gambaran daripada Profesor Geologi Ron Blakey di 'Northern Arizona University'.
Klik untuk Tonton



Klik Untuk Tonton - Pergerakan Gunung-Ganang 
Disebabkan perubahan plat Tactonic


Gunung-ganang sebagai pasak - Klik untuk tonton


Video ini menunjukkan bagaimana benua-benua di bumi ini terbentuk daripada 600 juta tahun dahulu, bentuk muka bumi kini dan 100 juta tahun akan datang.

100 juta akan datang, bentuk muka bumi Malaysia sekarang telahpun hilang, begitu juga negara Australia!


Bentuk muka bumi Malaysia -20 Juta Tahun Dahulu ketika
zaman Miocene 


Bentuk muka bumi Malaysia - 1.8 juta tahun dahulu ketika
zaman Pleistocene



Bentuk Muka bumi Malaysia sekarang




Bentuk Muka Bumi Malaysia, Indonesia, dan Australia
sudah tiada pada 100 juta tahun akan datang!



Perubahan plat tactonic

Lingkaran Api - apabila perubahan plat tactonic, akan berlaku
gempa bumi dan gunung berapi.

Apabila menonton video ini, lain persoalan pula timbul, "Bagaimana agaknya manusia ketika itu hidup?" yang pastinya kita hidup dizaman ini dahpun arwah.



Mungkinkah manusia akan datang, membuat penempatan diatas air untuk mengelak bencana akibat keadaan muka bumi?

Penempatan diatas air dinamakan 'Noah's Ark' mengambil nama
sempena kapal Nabi Nuh

Gambaran rentas ' Noah's Ark '

"Noah’s Ark is a self-sustainable city on the water that can support all living species, from humans to animals and fish to plants and trees, that have been evicted from land by natural disasters, warfare, whatever disasters the end days may bring. In addition to providing protection from these disasters, the Ark concept also addresses overcrowding on land: 72% of the earth’s surface is already covered by water, so extension of the urban city grid onto water is both logical and useful, as solar, wind and wave energies are easily captured at sea, and it is these natural energy sources that will power the development."
Sumber : Noah's Ark (klik untuk bacaan lanjut)

ATAU



Mungkinkah manusia akan membina penempatan di angkasa lepas?



Klik untuk paparan lebih besar - koloni
angkasa lepas yang diilhamkan oleh NASA


Gambaran Koloni Angksa Lepas yang digambarkan didalam
filem Elysium

'Trailer' Filem Elysium. Klik untuk tonton.



Pelbagai kemungkinan bakal berlaku, kerana Tuhan akan beri ilham kepada manusia pada zaman itu seperti ilham yang telah diberikan-Nya kepada Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal yang besar. Kebanyakkan manusia disekelilingnya mengatakan Nabi Nuh gila!



Struktur Binaan Kapal Nabi Nuh (gambaran pelukis) ketika berlaku banjir besar. Adakah ianya akan
berlaku pada masa akan datang? Wallahualam.


Pada masa akan datang, banyak lagi ke-'gilaan' yang bakal berlaku.


Wallahualam.


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi
Terima Kasih Tuan Izzan
Terima Kasih Wan & Zelmey Dan Rakan-Rakan
Sedekah - Saya Bilang Tak Payah
Maka Berakhirnya...
GAFX AMAL TRADE
Dosa-Dosa Che Det?
ASAM PEDAS JOEY JANDA BAIK, POWER!
Restoran Kelantan Delights di Subang Jaya - Untuk DIJUAL (Segera!)
"Tulang belakang di level L4-L5 Hancur, Hilang Mata Pencarian..."
Jangan Sampai ‘Adik’ Mati Dulu
'Potong' Anu Bukan Tiap Hari Bro
Fauziah Latiff Buat Kebaikan?
Jangan percaya ramalan Uncleseekers!
Adakah Kita Tahu Matahari BELAYAR?
Lebah Kelulut , Terima Kasih Bro Amray & Bro Solihin
"Dan Dialah Pemelihara SIRIUS"
Gunung Bergerak Cepat Seperti Awan?

No comments: