Followers

Thursday, June 20, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 22)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 22)


Nota Menjunjung Kasih : Revolusi Di Raja.

PRU 13 sudah berlalu. BN menang dan berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Ini yang membimbangkan. Sebagaimana PRU 12 sekali lagi kita memiliki sebuah kerajaan yang lemah.

Kita sedang berada di dalam suatu keadaan yang sedang mengalami ketidak tentuan ekonomi dunia. Ekonomi dunia sedang berada di ambang kehancuran menjelang tahun 2015.

Untuk berdepan dengan musibah yang cukup dahsyat itu, kita seharusnya mempunyai sebuah kerajaan yang kuat dengan rakyatnya bersatu padu.


Namun itu semua tidak akan dapat kita capai melalui demokrasi. Ini kerana sifat demokrasi itu sendiri yang mengamalkan falsafah ' divide and rule ' atau pecah dan perintah. Ada kerajaan dan ada pembangkang. Kalau sudah begitu sifatnya mana mungkin ada penyatuan nasional.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana memang ada gerakan yang terancang untuk mewujudkan huru-hara di dalam negara.

Rakyat tidak punya pilihan. Mereka tidak punya keupayaan untuk mengubah keadaan. Pilihan kini berada di tangan Raja-raja Melayu. Mereka yang mempunyai kuasa untuk merubah keadaan.

Negara ini hanya mampu di selamatkan dengan menegakkan kembali Syariat Islam. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Zaman demokrasi dan kapitalis sudah sampai ke penghujung. Sistem itu sudah terbukti gagal untuk mensejahterakan dunia dan warganya. Sudah sampai masanya untuk kita menukar sistem yang sedia ada sebelum ianya menjadi terlalu lewat. Sediakan payung sebelum hujan.

Raja-raja Melayulah payung negara ini. Bangkitlah untuk memayungi negara ini dengan Syariat Islam. Rakyat pasti menyokong kebangkitan Raja-raja Melayu.

Percayalah... Janji Allah SWT sudah hampir tiba.


Pak Lan     
Mohd Ramalan Yunus     
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.  
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?    
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem  
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani…. 
 Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?    
Part 13 - Sekapur Sireh    
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.    
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)  
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Part 21 - Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.
Part 22 - Nota Menjunjung Kasih : Revolusi Di Raja.

No comments: