Followers

Friday, August 3, 2012

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 3)

Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja (Part 3)

Salam sore semua,

Kamal Hisham Jaafar
"Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya"
-James Allen-




Kamal Hisham,

Siapakah yang menulis email ini kepada ana kalau bukan anta sendiri. Tiga email yang anta berikan pada ana telah pun ana paparkan dalam blog lama ana, uncleseekers.blogspot.com dalam Part 60, Part 61, dan Part 62.


Para pembaca semua,

Adakah anda masih ingat lagi tentang video ini? Saya telah dimaklumkan oleh Siti Selamat bahawa dia kenal semua mereka yang di belakang tabir pembikinan video ini.



Rozana bte Shamsuddin
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula” - Pujangga

Masa aku kat Melaka, Siti Selamat telah call Kamal Hisham depan aku meminta beliau sediakan peguam dan membayar kos guaman dan bayaran ikat jamin aku sekiranya aku ditahan oleh pihak polis. Siti Selamat suruh Kamal Hisham buat persediaan awal sekitar RM15,000 untuk membayar wang jaminan kerana bebarapa individu telah pun membuat laporan polis di Johor Bahru. Kamal Hisyam telah bersetuju untuk menanggung kesemua kos dan menyediakan peguam.

Semasa aku bercuti 10 hari di Johor Bahru, beberapa orang sahabat-sahabat termasuklah mantan isteri aku telah menghulurkan bantuan kepada anak aku sebanyak RM13,000 untuk membayar kos guaman. Jumlah yuran guaman kesemuanya adalah RM15,000.

Kalau tak silap pada 24-7-2012, aku telefon Siti Selamat untuk memberikan alamat pejabat Kamal Hisham di Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 1.30 petang aku minta tolong menantu aku temankan aku sebab aku ni buta jalan! Siti Selamat maklumkan pada aku ofis Kamal Hisham di belakang Ampang Park tapi dia sendiri tak ingat lokasi sebenar. Dia suruh pergi kedai Tutti Fruiti depan Ampang Park tu dan bertanya dengan pekerja di situ dimanakah alamatnya. Selepas salah seorang pekerja disitu memberikan alamatnya, kami berdua terus ke unit D-3-2, Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, KL.

Megan Avenue 1, Jln Tun Razak, KL


Pendekkan cerita, aku sampai pejabat tersebut sekitar 2.20 petang kalau tak silap. Peguam Rozana Samsuddin menyambut aku dengan menantu dengan senyuman dan menjemput aku masuk ke biliknya (sebelum ini aku tidak pernah berjumpa mahu pun mengenali dirinya). Beliau ingin menutup pintu biliknya (mungkin beliau berbuat demikian kerana tidak mahu pekerja-pekerjanya didalam pejabat mendengar perbualan kami dan tahu perkara sebenar di antara aku dengan Kamal Hisham.) tetapi aku minta supaya pintu dibuka kerana pada pendapat aku tidak perlulah disembunyikan apa saja kebenaran.

Aku minta padanya supaya dapat maklumkan pada Kamal Hisham supaya dapat membantu menjelaskan yuran guaman (agar dapat dipulangkan semula pada semua sahabat yang membantu aku walaupun mereka tidak minta tapi demi menjaga maruah aku) seperti yang telah Kamal Hisham janjikan. Sebelum  beredar, aku sempat bergurau senda dengan para pekerjanya dan beberapa jam dinding yang rosak (kalau beli baru sekitar tak lebih RM30 satu unit) di atas meja, sempat aku minta satu unit untuk dijadikan kenangan dari pejabat Kamal Hisham.

Sehingga artikel ini ditulis, Kamal Hisham tidak menjelaskan satu sen pun yuran guaman aku, dan aku dimaklumkan oleh para sahabat, yang Rozana Samsuddin telah membuat fitnah dengan membuat laporan polis terhadap aku.

Buat Rozana binti Samsuddin,

Segala perbualan kita disaksikan oleh menantu aku dan juga mungkin seluruh pekerja anda di pejabat, dan saksi utama adalah TUHAN KITA YANG SATU. Anda mungkin terlepas di muka bumi ini atas fitnah dan report polis yang anda telah lakukan tapi tidak di Padang Mashar...

Sebelum aku start menulis artikel ini tadi, Siti Selamat telah meluahkan hasrat kepada aku untuk menulis pengalamnya bersama Kamal Hisham selama setahun. Kalau diizinkan tuhan, esok atau lusa saya atau Admin akan publish di blog ini.

Mungkin satu hari nanti dengan izinNYA, sebelum aku menghembuskan nafas terakhir, aku akan menulis buku tentang pengalaman semua isu ini, dari start mengenali Kamal Hisham, sampailah saya ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi, kes Morfin dan Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran untuk anak cucu kita  . Tetapi buku itu hanya boleh dicetak selepas aku tiada di muka bumi ini lagi.  

Dengan ini, secara rasminya aku berhenti menulis artikel tentang "Kamal Hisham: Rakyat Berjiwa Raja" dalam blog uncleseekers-v2.blogspot.com.

“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.” - Pujangga


Part 1
Part 2

53 comments:

cungkil gigi said...

uncle dah xnak cerita lg pasal kamal ke? apa kesudahan dgn sultan pula?

Wes Mangang said...

Alah uncle..anti klimaks lah macamni..

saya lihat Uncle macam KECEWA gila dengan si kamal ni..Nampak sangat dia macam memperalatkan uncle kan?

tapi sokay..kita tunggu apa pula yang uncle nak letupkan kali ini..heheheheh

budak kokubu said...

bro,

wa sedih dgar cerita lu.. takpe bro.. pasti ada yg membantu pasal hal tu.. skang ni wa nampak kamal hisham cuba nak sembunyi tangan konon x penah deal dengan bro.. dan konon bro yg memandai mandai buat cerita.. mesti yg maha halia dah deal balik dgan kamal hisham utk bersihkan nama dia.. dengan mengatakan bro buat2 cerita.. dan kamal hisham pon diterima semula di johor utk kaya raya..

Anonymous said...

salam uncle seekers,nape ckap pasal mati ni sedih rasa hati aku la.. pada lu orang kamal hisham dan juga pada yg berkenaan cam kimek la lu orang,korang dh buat aniaya pada orang yang nk mencari kebenaran tau tak.. sesungguhnya celaka lah pada orang2 yg melakukan penganiayaan pada orang2 yg mencari kebenaran..
dari aku: achexxnassir
ipoh/manjoi mari

ema said...

dah tutup cite ni???huhu uncle jgn lah tutup blog ni..teruskan menulis..huhu kesian uncle..xpe..tuhan Maha Adil...ko tunggu lah balasan dari-Nya wahai KH!!!

Siti Selamat Korek Hidung said...

Mcm kimek ek perangai lu kamal?dah la uncle,lu cte pasal part masa lu dalam tahanan ngan abiskan kisah si maha halia lg bagus....

Mantan Penduduk Wadi Hassan said...

Lu banyak bersabar uncle,Allah sentiasa disisimu...Rozana ngan Kamal mmg gua rasa dah pakat nak dajal lu...lek lu sap kok tang....

Joe said...

Bunyi mcm lu dah kena game dgn Kamal Hingus (hisyam) je bro?? Demmmmm!!!

Danial Qayyum said...

Salam uncle.. Sy x rasa si kimeks ni ada duit.. Apatah lg,kalo opis si KH tu beralamat di Megan jln tun razak.. Fyi, kebyakan opis kat situ semua stok kong kali kong..aka..opis conman..

Danial Qayyum said...

Salam uncle.. Sy x rasa si kimeks ni ada duit.. Apatah lg,kalo opis si KH tu beralamat di Megan jln tun razak.. Fyi, kebyakan opis kat situ semua stok kong kali kong..aka..opis conman..

6803man sarawak said...

Oit,da abis ke?citer ape lg pas ni.yg maha halia?baguz

Prince of Noob said...

uncle seekerzzz takkan dah habis kot sampai part 3 lagi... ok takpelah mohon sambung cerita yg kat blog lama tu part 65 dan 66... takkan stop gitu jer... satu lagi kenapa uncle kejap bahasakan diri aku kejap saya...

Anonymous said...

KH ada duet ke punn?? Sebelum jadi memang macam2 boleh janji bro.. lepas jadi lain cerita. Kira dia bukan orang najibla "janji ditepati, kini masa balas budi" eh?? :O

Anonymous said...

Salam uncle....mamay lowyar buruk ni memang mcm haram...member saya pernah jadi driver dia dan mcm2 cita buruk pasal lowyar buruk ni....dah la uncle tak yah tlg lg lowyar buruk ni lagi.... Bani Jawi

Anonymous said...

Syabas uncle seekers. berurusan dgn org PEKAK mmg sukar namun msh ada cara atasi mslh komunikasi. Ttp berurusan dgn org yg SENGAJA BUAT2 PEKAK merupakan kerja yg sia2, umpama anjing menyalak bukit. Cukup la uncle, usah biarkn diri menjadi lilin menerangi org yg x pandai, xtahu bersyukur, berterima kasih dan menghargai bantuan seorg kawan.

Ana bersimpati dgn ente, dah la ditahan polis, 10 hari dok lokap, dijamin xwife n rakan2 hanya disbbkn nk tlg seorg manusia yg xtahu menilai dan menghargai susah payah seorg kawan yg ingin membantu. Ente lupakn saja KH, biarlh dia urus sndri hidup dia, susah senang dia tgg sndri. Biar dia tahu tinggi rendahnya langit tu.

Harap ente teruskan menulis di blog ini dgn episod seterusnya kisah yg lalu spt 10hari dlm lokap n kisah maha halia & mengkarung tanpa membabitkn KH. Sbb ana tau ente msh bnyk maklumat2 yg msh blm dibongkar lg utk pengetahuan kita semua hingga ke anak cucu kita

FaddeiKiryl.

Anas81 said...

takpe la. uncle da jalankan amanah org. pasal dia x kenang budi tu tolak tepi. Biar la yg Maha Kuasa Membalasnya. Lg pon spesis camni mmg byk pada akhir zaman ni. Cuma, kalau la dpt bercakap direct ngan org tu, mesti perkara ni akan dpt pencerahan. bukan ape, zaman skrg ni byk pakar spin fakta. lain org cakap, lain yg dia tulis. terutamanya media arus perdana di negara yg kita cintai ini.

Anonymous said...

Maaf uncle klu komen ana tadi agak keterlaluan. Maksud ana, jgn biarkn diri ente di kambing hitamkn oleh si malaon Kamal Hipokrit, itu saja. maaf k...

FaddeiKiryl.

seri suriram said...

uncle.... ni artikel paling sedih dalam blog2 uncle... serious sedih nyaa.. uncle nangis erh masa tulis artikel ni???

ezral said...

Semoga Allah merahmati uncleseekers

Unknown said...

Dlm part yg lepas klu x silap uncle pernah ckp yg uncle x knl dn x pernah berjumpa langsung dgn kh ni, but now sudah tukar ke uncle.. Kuat btl uncle berdrama.. Hihi pape pn drama ni sedap juga dibaca, buat hilang2 boring :)

cinta monyet said...

Uncle nasihat saya hati-hati dgn Siti Selamat tu...takut uncle yang tak selamat nanti...bila saya baca kisah ni rasa saya uncle telah dipergunakan oleh Siti Selamat....hati-hati ya uncle-love you uncle

ros said...

uncle, pls cetak buku tu before anta "pergi"....anta perlu lihat keberkesanannya...

Anonymous said...

utk miqa amanda..

Fahamkanlah ayat uncle tu. Dia memang xpernah jumpa dan berhubung secara langsung dengan peguam tu. Cuma berhubung melalui email dan online je. Da jelas dan nyata klu paham. Cuma bila uncle kena tahan, c kamal ni lepas tangan.

Baca dan pahamkan. Entri yg uncle buat ni mnceritkan pngalaman dia selepas dia ditahan.

Anonymous said...

Uncle, ini je ke bendenye yang boleh buat KH tu terjun bangunan? Atau lawyer Uncle nasihatkan jangan teruskan benda yang benar2 uncle nak reveal????

to miqa ananda, memang la sebelum uncle tolong KH ni dia tak penah kenal, dan mungkin sampai sekarang belum penah jumpa. tapi berhubung adakah sama dengan "kenal"?

Anonymous said...

Salam uncle....saya ada kwn pernah kerja dgn loeyar buruk ni sbg driver....tapi dah mcm macai dah...sampai longkang umah dia pon disuruh bersihkan...pastu gaji sama je... mcm raja plak...raja pon tak mcm ni la.... Bani Jawi

dedda said...

the MOLE!!!! oh em gee

Unknown said...

Assalamualaikum...

hurrrmmm...kind of interesting but there is something missing...let KH the lawyer enjoy his journey of life.
as for u Uncle Seekers make sure u change ur engine branding as to give more "power" instal a strong relationship with the creator for bigger and better protection. You will make it till the end. For YG.Maha Halia, well,money and wealth will never compel..good deed and good relationship plus excellence leadership. as the saying goes...a captain without his compass will lead to disaster..even a flow of river can dry naturally...like the song..killing u softly with his song...hiroshima destroyed with just one bom but the impact was ever lasting...

6803man sarawak said...

Salam uncle..nape senyap je 2 3 ari ni.penat aku tungu posting bru uncle.

Anonymous said...

uncle dah patah hati nk menulis..
sbb dah kene kelepet dgn kamal hisham..

Unknown said...

Gunakan Google tranlate untuk buka http://uncleseekers.blogspot.com/

http://translate.google.com/translate?sl=auto&tl=en&js=n&prev=_t&hl=en&ie=UTF-8&layout=2&eotf=1&u=http%3A%2F%2Funcleseekers.blogspot.com%2F&act=url

Unknown said...

Guna google translate untuk buka yang lama. http://translate.google.com/translate?sl=auto&tl=en&js=n&prev=_t&hl=en&ie=UTF-8&layout=2&eotf=1&u=http%3A%2F%2Funcleseekers.blogspot.com%2F&act=url

6803man sarawak said...

La..x best la mcm ni.

Anonymous said...

mangkuk tingkat tol kamal hisham ni,bengkeq je aku..
manjoi mari

Anonymous said...

askm uncle, moga ttp selamat brsm adik - utk kesihatan uncle tinggalkanlah pil2 tu sume & juge rokok krn ia akan menjahanamkan uncle, coke tu ok ttp cuba uncle gantikan dgn pepsi & makan dgn big mac, insya allah kesihatan uncle akan kembali pulih spt biasa - teruskan prinsip perjuangan membantu orang yg dizalimi & sikap uncle berani mengaku silap, saya tabik spring- sy tetap doakan terbaik utk uncle & adik serta kpd semua crew2 yg lain - selamat puasa & menikmati malam lailatul qadr dr sy , laxmanaII.....wasssalam

minyak masak said...

Assalamualaikum uncle..

dah abis ke citernya?...
saya pn tak puasati apa yg diorang buat kat uncle siap Rozana Samsudin buat repot polis pulak...dia hingat dia lawyer, dia power ke..?! boleh blah laa..mesti Rozana nie tak cun orgnya..
anyways..sy akan tantikan citer yang lebih panas membakar dan tajam menikam...
geng2 sultan takde masuk campur ke masa kat lokap tu?..bukan ke sultan baik ngan polis johor?
apa2 pun..sy doakan kita semua dilindungi Allah..

6803man sarawak said...

Oit..da masyuk 3 ari ni uncle senyap je.

Anonymous said...

dah tutup buku rrr..

Anonymous said...

3 kali sari jenguk sini kut2 ada crita baru...

cungkil gigi said...

uncle. cepatla update blog, uncle dh kna tangkap ke?

cungkil gigi said...

uncle. cepatla update blog, uncle dh kna tangkap ke?

6803man sarawak said...

Betol3..aku kejap2 jenguk.mane la uncle pegi.xkn meeting ngan antu smpi 3 4 ari.

6803man sarawak said...

Adakah kerana tmj tutup akaun twiter maka uncle pun xbuat citer lg?1 perjanjian?

sunny said...

uncle...mari yam char ..... zrulsani@gmail.com
p/s ; bukan semua lawyer kejam ... dalam setandan kelapa mungkin ada kot kelapa komeng ..

JAMILKUCING said...

uncle apesal tak update masok balik ke hahahaha gurau uncle

mizi jb said...

uncle...
sy da sangap tggu posting terbaru...
bini sy pun pelik tgk sy online jek trus bukak page uncle.. lebih dr 10 kali 1 hr... plzz uncle kami semua da ketagihan sgt ni.. cube uncle bygkan uncle xdpt rokok camne? camni la yg kami rase skang ni... tlg ye uncle...

Anonymous said...

teruskan komen,moga2 tersentuh hati US utk smbg crita.

Anonymous said...

senyap je. dlm dilema ker uncle? atau sibuk beramal ibadat dihujung2 Ramadhan ni? tinggalkan hal dunia kejap kan kan kan.. ceciter

Anonymous said...

uncle dah xde telor kot...
-telor busuk-

Unknown said...

Kan uncle dah cakap citer dah habis..korang pg lah cari citer lain plop kui kui kui

Leftenan JMF said...

Uncle dah jadi panglima JMF ler...xpon kejer kat istana pasir pelangi...

Anonymous said...

Lu punya prinsip wa tabik spring bro, lu betul hati kering kontang bro. Hati-hati dengan orang kat belakang, selalu tikam bila ada peluang. Wa ucap slamat kat lu sepanjang zaman.

Anonymous said...

uncle bole terima lagi kerja pasir pelangi....si bapak kucing tu..hissh bau busuk dia kat luar pagar istana dah bau...camne org nak bagi derma..hehehe

Anonymous said...

helo uncle ..

si KH ni mg cm cipet .. konon beriye benci pada org yg gunekan kuasa utk kaye la ape la .. cite mg bual tamil sket ..

kawan aku membe ngan anak sedare si KH ni .. ari2 lepak solivate , dok kat meja VVIP woo ..

ade sekali , membe aku cite , si anak sedare KH ni bukak red label , die kate uncle die payong ..

belom lagi kalau dorang begado dlm club .. tepon pakcik die , datang la anjing2 istane dok belasah budak2 ni .. siap salu ikut pakcik die gi party VVIP lagi ..

so conclusionnye , manusie ni same je .. kadang kite tulis/cakap mcm kite ni baik sgt , tp padahal , kite ni same je semua ..